orang Rembau nak bunuh KJ??

semalam aku, dengan rela hatinya, mewakili babah yang sibuk dengan kerja, untuk menghadiri satu mesyuarat agung koperasi di SMKUR. mesyuarat tu memang bosan. masuk semalam dah 3 kali aku mewakili Babah untuk mesyuarat ni. antara alasan aku rela hati menerima tugasan ini ialah siapa yang hadir mesyuarat tu akan dapat duit..ngeh ngeh ngeh..

seriously, ia diantara mesyuarat yang paling bosan pernah aku hadiri. lagi bosan dari mesyuarat kelab dan badan beruniform. since ni kali ketiga aku pergi, aku dah siapkan diri aku dengan bahan-bahan yang membantu aku dari kebosanan seperti buku dan mp3. dorang selalu cakap pasal nak lantik ahli baru, nak lantik pengerusi and keuntungan and kerugian koperasi yang aku yang tak pernah belajar akaun ni macam dengar dorang cakap bahasa alien. aku memang bodoh kalau pasal akaun, duit, ekonomi and politic. damn.

eh..mane cite pasal khairy??

ok.macam ni. sepatutnya khairy jamaludin dijadualkan untuk merasmikan majlis tu. aku pun baru tau masa nak pergi tu. tetibe aku teringat kat member aku yang minat gila kat khairy jamaludin (KJ) ni. aku pikir kalau aku amik gambar ngan dia mesti dia terbakar dengan perasaan iri hati.ngeh ngeh. tapi aku takkan la nak buat camtu. aku pun tak teringin untuk bergambar dengan dia. aku kan egoist.

acara sepatutnya dimulakan pukul 9am. dah tertulis dalam buku acara tu. tapi ianya dimulakan pada pukul 9.30am. muka KJ tak nampak lagi. tuan pengacara majlis cakap kita terpaksa mulakan acara sebab KJ tak datang lagi. dalam hatiku berkata, " camne la nak jadi role model yang baik, datang lambat." tapi takpe la, bukan aku berharap sangat dia datang. tapi unexpectedly ramai juga yang hadir mesyuarat kali ni. mungkin sebab dorang ingat KJ nak datang. maybe. aku datang sebab nak duit.

pastu dengar la sorang-sorang membebel sampai pukul 10am. still KJ tak datang lagi. hence sebab taknak buang masa lagi, orang lain yang merasmikan majlis tu. sebab pengacara majlis tu cakap, KJ tak dapat datang sebab ada mesyuarat yang "lebih penting" dari mesyuarat ni. takpe la, mesyuarat pun dijalankan macam biasa. dan aku pun buat aktiviti macam biasa, baca buku and dengar lagu. sok sek sok sek. dorang pun habis dalam pukul 11am. ending nya, sesiapa dipersilakan untuk buat ucapan penutup. tapi ada seorang pakcik ni pun bangun la. dia terus hentam KJ. aku tak ingat semua tapi the main point was dia rase kecewa la KJ tak datang. apa tak penting ke orang Rembau ni? kalau bukan orang Rembau yang menaikkan dia jadi ahli parlimen, sape je KJ tu. apa mesyuarat FAM tu lagi penting ke dari orang Rembau? pasal bola negara yang tak pernah menang tu lagi penting dari orang Rembau yang mengundi dia waktu pilihanraya tu. kalau dah tau tak dapat datang kenapa tak hantar wakil? atau tulis surat mohon maaf? kita kan orang melayu ada adat. (aku tambah sikit, orang Rembau kan kuat adat.hehe) tu la antara kata-kata yang dikeluarkan oleh mereka yang tidak puas hati dengan KJ. ada juga yang mem'backing' KJ dengan meminta mereka memaafkan KJ untuk kali ini. tapi kene boo dengan orang lain. aku pun tak tau sape punya salah, sape yang betul. kalau aku, aku rase ada miscommunication antara orang KJ dengan orang koperasi. atau mungkin benar KJ taknak datang ke mesyuarat tu. atau mungkin benar dia tak tau. tapi apa yang aku sokong, KJ perlu at least buat surat mohon maaf or at least hantar wakil if betul-betul dia tak dapat datang. like last year, YB pun tak dapat datang tapi dia hantar wakil. KJ kene ingat, orang koperasi ni ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang lama Rembau. most of them memang famous kat Rembau ni. so nasihat aku kat KJ (macam la dia bace blog aku ni kan), hormati orang-orang kat sini. we all not stupid. kami orang kampung terpelajar. tapi aku pun agak terhibur tengok gelagat pakcik and makcik yang berucap tu. aku rase, dorang nak gaduh-gaduh kat situ pun tak gune. baik cari penyelesaian yang lebih terpelajar. buang air liur je gaduh-gaduh macam tu. sepupu aku yang datang sekali ngan aku pun tetibe excited. habis dengan semua orang dia cerita pasal ni.

malam tu aku nampak KJ kat berita pasal bola dia tu la. aku rase, makcik pakcik yang marah kat KJ waktu mesyuarat tu mesti sumpah seranah KJ mase tu. haha. memang interesting. KJ oh KJ. KJ ke K.O?

Comments

She said…
aku dtg sbb duit - wahahaa..aku hampir tergolek baca ni..adakah stelah cuti lama semua med student berubah jadi cenggini..? aku siap hampir membeli kredit utk mengAFUNDI semata2 nak menang rm2500 utk org yg AFUNDI mingguan terbyk. nasib baik aku punye judgement masih seimbang..

p/s: kalau aku kat mesyuarat tu, mesti aku gi salam ucap tahniah kat pakcik tu..syabbas bete..

Popular posts from this blog

crush injury

just a ride

Bleach Frenzy