kata hati


Pabila hati berkata dan mengendahkan kata otaknya.

Jam menunjukkan pukul 4.25pm, ada 35minit lagi untuk aku habis pulang. Buat-buat busy di depan komputer, kononnya menaip clinical summary untuk pesakit tetapi nampaknya tak terdaya nak teruskan. Sebaliknya, terasa nak menulis sesuatu kat dalam blog ini.

Nak tulis. Nak taip. Nak kongsi.

APA?

Jom tanya hati.
Kata hati, nak ke Rembau sekarang, nak peluk ibu, babah, aman, ami, mama, ajat dan kucing2 kesayangan. Hati terasa rindu dengan mereka. Biarpun setiap kali perbualan kami akan menyentuh sedikit sebanyak masalah kewangan, masalah sekolah, masalah masa depan, masalah itu masalah ini. Apakah hidup tanpa masalah. Tapi rasa tenang bila di rumah, bila bersama mereka. Mungkin betul rumah itu syurga. Eh, bukan. Keluarga itu syurga.

Hati rasa tidak mahu bekerja lagi. Penat. Bukan penat fizikal tapi mental dan emosi. Selalu tertanya, kenapa la dipilih profession ini. Jika ku teruskan course ku di UTP dulu, mungkin aku berada di pejabat. Mungkin aku jadi jutawan internet yang bekerja di rumah. Menyesal tidak bersungguh2 masa career week dulu. Doktor bukan satu-satunya perkerjaan yang "nobel" di dunia ini. Apa masalahnye? Apa yang tak best jadi doctor? Bila mata dan telinga tidak dapat melihat mahupun mendengar perkara yang sepatutnye disebabkan otak tidak mengetahuinye. Melihat nyawa yang ditarik malaikat maut walaupun tidak kelihatan dari pandangan mata kasar, amat menyedihkan, dan menakutkan.

Kalau nak diikutkan hati, ku nak pindah ke Melaka. Nak sewa rumah sendiri. Bukan tidak suka menyewa dengan rakan2. Tapi, perlukan tempat dan masa untuk sendiri. Decorate ikut suka ku. Akan dipenuhi dengan gambar2 amatur yang ku tangkap. Home video di atas rak CDs and DVDs ku yang tersusun rapi. Dan aku lapangkan masa 2-3hari untuk menonton anime kesukaanku secara marathon. Wardrobe yang penuh dengan baju Tshirt hitam pelbagai designs dan pelbagai jeans.

Hati ku nak makan dengan banyak makanan yang tidak menyehatkan. Terliur dengan burger king, sphagetti, cake chocolate, masakan ibu dan makanan yang dimasak dalam rancangan asian food channel. Nampak sedap. Bukan tiada keinginan nak masak akan tetapi aku bukanlah dilahirkan dengan ciri2 seorang tukang masak. Oleh itu, sebelum berlaku perkara yang tidak diingini biarlah aku mengundur diri dari dapur. Oleh itu, biarlah aku jadi tukang makan sahaja. Sebab aku tak kesah kalau gemuk. Nanti boleh masuk Biggest looser Asia.


Rasa kesal hati rasanya kenapa aku bukan Asha Gill. Kenapa? Bukan setakat tak lawa macam Asha Gill, body tak mengancam macam Asha Gill, dan aku tak boleh berjalan2 sesuka hati didalam lonely planet macam Asha Gill. Aku iri hati dengan Asha Gill.

Hati memendam impian untuk belajar main drum macam Travis Barker, main bass seakan-akan Mark Hoppus, dan main guitar macam Tom Delonge. Bukanlah sampai ke tahap begitu pro dan buat album. tapi untuk menyerikan hati yang lara. Mungkin berguna pada waktu terdesak seperti majlis perkahwinan Ajat kelak. Untuk bermain untuk hati sendiri.


Rasa nak menjerit dan berhujah depan Director General tentang hal hospital dan negara. Kenapa nak buat bangunan beratus tingkat tapi masih tidak ada jalan raya dihubungkan ke kapit? Kenapa Kapit tak buat specialist hospital? Kenapa bonus tak banyak? Bila saya dapat transfer? Kenapa kamu suka buat lawatan? Kerana aku tak suka orang politik. segalanya tentang politik. Kerana mereka terlalu fake. Aku susah nak percaya.


Hati nak ketemu kawan2 lama dan bergosip dan bersembang. Alangkah bagusnya waktu medical student itu kekal sampai bila2. Tiada comittment kerja. Carefree. Sebab aku tak suka comittment. Aku rasa terikat. Rasa tidak bebas.



Sekian luahan hati. Hati kini semakin impaired takut sampai ke tahap cirrhosis.


Sangap.


P/S: Yes, akhirnya download aku untuk cerita wall street dah habis..hati ku berdebar-debar nak tengok Shia LeBouf malam ni. Hatiku gembira!!!

Comments

Valjam Boyd said…
kenapa kene tunggu kol 5pm br balik..abis keje blah ah..mcm kitorg, abis kol 4pm, trus ciao..

Popular posts from this blog

crush injury

just a ride

Bleach Frenzy