shhhh......

Everyone has their own secrets. sejujur2 manusia pun, mesti ada sesetengah perkara yang tidak mahu dikongsi. Badan sendiri, pendapat sendiri, tiada hujah yang boleh melawan.

Kenapa nak berahsia? Malu? Segan? Atau takut? Adakah ianya satu stigma? Tidak mahu dikutuk masyarakat?

Jikalau......

1) Aku HIV positif dan aku berahsia perkara ini kepada isteriku kerana.......
ya sila isikan tempat kosong itu. Kerana aku pun tidak faham. Jika rahsia yang sebegini, masihkah anda menerima kenyataan " badan sendiri, pendapat sendiri, tiada hujah yang boleh melawan"?

"Bukankah kite di negara bebas? Diri aku, aku punya sukalah. Kenapa kau perlu nak sebuk?"

Boleh terima tak? Ideologi bodoh itu?

Kalau....

2)Aku bekas banduan, pernah ditangkap kerana merogol banyak gadis.
Kenapa nak berahsia? Malu? Takut?

Ya ku malu. Sebolehnya ku tidak mahu memori ini dalam hidupku. Bukan niat berahsia, tapi niat untuk melupakan. Mulakan hidup baru bagai bayi baru lahir. Aku mahu mencorak hidup baruku di atas sehelai kain putih.

Bagaimana pula....

3) Aku melakukan suntikan botox ke atas mukaku.
Jika ditanya, " apa rahsia kecantikan anda"
"oh ianya rahsia"
Kenapa perlu berahsia? Takut orang akan mencaci dirimu yang menlanggar hukum haram. Mahupun takut orang lain akan ikut trend mu menjadikan mereka lebih cantik darimu?


Oleh itu, jika aku ditanya "i want to know more about yourself"
Aku terfikir, sampai mana kau nak tahu? Perlukah kau tahu rahsiaku?
Dan aku terfikir. Siapa yang layak mengetahui rahsiaku?
Dan terfikir lagi. Kenapa rahsiaku perlu diceritakan?
Dan lagi membuatkan aku terfikir. Kenapa aku perlu berahsia?
Dan terfikirku sekali lagi. Kenapa aku perlu kesah tentang semua ini?


Simplekan....
Orang tanya. Jawablah kalau nak. Tak jawab tak lah.
Hak sendiri untuk memilih.
Asalkan anda selesa dan gembira.
Kalau orang lain pertikaikan.
Anda jawab.

"Ada aku kesah??!!!!"

Comments

Popular posts from this blog

crush injury

Bleach Frenzy

just a ride