Mudahkah mati itu?


Perbualan dengan seorang pesakit aku pada hari ini membuatkan aku terfikir sejenak

Seorang wanita tua mempunyai diabetic foot dimana jari kakinya menjadi hitam (gangrene) dek tidak menjaga kencing manisnya. Oleh kerana lukanya tidak begitu sihat dan kami (specialist la especially) berpendapat bahawa lebih baik kakinya dipotong pada paras bawah lutut (below knee amputation). Ini kerana kami tidak mahu ianya melarat lagi.

Jadi, sebagai seorang houseman yang bertanggungjawab, aku pun pergi menasihati pesakit itu. (sapa yang kenal aku tau a camne style aku advise patient kan). Aku kan gangster kampun dusun tapi hati ada baik.

Diriku : " Aunty a, boleh saya potong kaki ka? Saya mau potong sampai ini macam" (sambil menunjukkan beliau ke aras yang akan dipotong). Boleh la ho? Nanti tidak bagus la luka itu.
Si comel itu: Tidak melafazkan apa-apa tapi ditunjukkan penumbuknya ke arahku

Kami semua tertawa lucu melihat gelagatnya

Diriku: " Aiyoo aunty, sampai mau tumbuk saya pulak ka. Kenapa tidak mau leh? Kaki kitak sik bagus liau. Nanti itu hitam boleh naik lagi sampai semua badan dapat kuman liau. Boleh mati ho" (Makcik ini seorang cina)

Kata-katanya yang seterusnya membuatkan aku tersentak seketika

Si comel itu: "Mati lagi senang daripada mau potong kaki saya. Saya senang, anak senang, kamu pun senang. Kerajaan pun senang. Tidak perlu bagi saya makan lagi"

Aku tergamam sekejap. Sampai begitu sekali makcik ni fikir. Adakah dengan mati itu semua masalah akan selesai? Begitu senangkah mati itu? Benarkah dengan mati itu dapat menggembirakan semua pihak?

Ya Allah. Tunjukkan aku ke jalan yang benar. Suluhkan aku Hidayahmu Ya Allah.

Bukan mati yang kita inginkan tapi mati itu yang patut kita takuti. Begitu yakin makcik ini untuk mati tapi bersediakah anda? Cukupkah amalanmu?

Pernah juga aku mendengar pengakuan seorang teman, lebih baik mati muda waktu badan tengah cantik daripada mati tua. Rasa nak mati sekarang. Ditatkala muka masih handsome dan tidak berkedut.

Mudah saja mereka berbicara tentang mati.

Entahlah. Renung-renungkan. Bagi aku, tak semua benda dalam dunia ini mudah, begitu juga dengan alam yang kekal nanti. Tidak ada yang mudah dalam dunia ini. Nak pikir makan kat mana pun payah, inikan pula nak mati. Nauzubillah. Tenangkan fikiran.

Sekian. Renungan hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

crush injury

just a ride

Bleach Frenzy