sebuah cerita klasik untuk masa depan



pernahkah anda rase amat sukar untuk membuat satu keputusan? kepala rase pening, hati rase sakit. dan keputusan yang dibuat itu, sama ada betul atau tidak pada diri korang akan menghantui korang sampai bile2. aku ada satu cerita untuk dikongsi bersama. sebuah citer benar yang takde kaitan dengan orang disekelilingku mahupun diriku sendiri.

seorang gadis yang terpaksa memilih antara 2 lelaki yang disukainya. Jejaka A seorang yang bertubuh sasa, tinggi, muka kacak (cuba bayangkan macam paul walker, 2fast 2furious), seorang yang baik, yang sukakan sukan Xtreme seperti panjat gunung, sukan xtreme macam skateboarding, etc. dia ni pendiam tapi hatinya baik. mungkin orang akan tersalah tafsir melalui perwatakannya. mungkin mereka yang tidak mengenali jejaka A dengan rapat akan beranggapan bahawa dia seorang yang liar. oooo wild ha..

Jejaka B pula juga tak kurang tandingnya. seorang yang comel (cuba bayangkan macam Adam Brody from the OC), penyayang, romantic. kengkadang suka gak buat xtreme sport but just for fun. during free times. dia seorang yang kelakar dan sentiasa buat orang ketawa. dia boleh jadi xtreme tapi dia lebih memilih untuk jadi kemas, smart dan indoors.

bagi si Gadis, hatinya lebih kepada jejaka A. jejaka A complete her and suit her. tapi si Gadis juga menyayangi si jejaka B. jika mereka disatukan, si Gadis juga boleh menerimanya. apa kata keluarga si Gadis? mereka lebih menyukai jejaka B. bagi mereka jejaka B membuat mereka gembira. mungkin dengan kepandaiannya bercerita. juga imej yang dibawa oleh jejaka B mungkin juga salah satu sebab jejaka B menjadi pilihan keluarga. bukan keluarga si Gadis tidak menyukai jejaka A sepenuhnya. tetapi mereka memikirkan masa depan si Gadis bersama jejaka A untuk jangka masa yang panjang. sejauh mane jejaka A akan membahagiakan si Gadis? adakah kerana lupa luaran sahaja menjadi ukuran si Gadis untuk menghabiskan sisa2 hidupnya bersama jejaka A? mungkin ahli keluarga akan menerimanya tetapi dengan hati yang tak ikhlas. dan ini akan menghantui hidup si Gadis setiap kali ingin berdepan dengan keluarganya nanti. mungkin si Gadis ini gila tapi hatinya mencintai si jejaka A sejak dari pandangan pertama. akan tetapi, melihatkan si jejaka B begitu baik dengan keluarga si Gadis dan mereka mixed up really well, si Gadis rasa terharu. mungkin dengan memilih jejaka B akan memeriahkan suasana di rumah si Gadis. semua orang bergembira bersama. si Gadis memang menyukai jejaka B. tapi sekadar kawan baik.

si Gadis buntu. apa patut dia lakukan?
1) memilih jejaka A dan cuba memujuk keluarganya untuk menerima jejaka A?

2) memilih jejaka B dimana si Gadis juga menyukainya dan juga diterima keluarga?

jika korang si Gadis. sapa yang korang pilih? paul walker or adam brody?

tetapi dalam cerita ini, si Gadis memilih adam brody. dia gembira dan begitu juga keluarganya. kalau korang macam mane?



Comments

Popular posts from this blog

crush injury

Bleach Frenzy

just a ride