Aidil Adha In Kelantan

ini gambar raya aidil adha tahun 2007

Selamat hari raya!!!
dah lepas dah pun
Raya aidil adha aka raya haji tahun ni aku buat keputusan dengan macho nye tak nak balik
Alasan yang kukuh termasuk
1) raya aidil fitri aka raya puasa aritu aku dah cuti panjang..walaupun kena balik 3hari raya tu aku still rasa aku cuti panjang kalau nak compare kan dengan batchmate aku yang lain...kesimpulannya..rasa bersalah la kalau raya kali ni pun aku nak cuti panjang kan...agak2 la...be considerate orang kata...sapa kata?..orang la.
2) orang cakap raya haji kat kelantan ni meriah..meriah ke?...meh aku nak try sikit...orang kata la...sapa kata?...ada la orang...


So...aku pun tak balik...raya la aku sorang2 kat sini...Shahira aka housemate aku pun takda...balik Penang beranak (omedeto!!!!.)
Aku dijadualkan untuk oncall pada hari sabtu, iaitu a day before raya...tak kesah pun sebenarnya...Firman (my very cool registra), bersungguh2 nak aturkan jadual oncall dengan harapan at least aku dpt balik raya kejap..2 hari ke...tp sia2 je..aku mmg tak balik pun..

Masa mula2 oncall tu macam ok je..round ngan registra yg sporting...sampai ke malam tu ada satu je referral..dalam pikiran dah plan dah..kalau takde kes malam ni, boleh tido, pastu besok leh terjah mana2 masjid untuk tengok orang sembelih lembu unta dan sebagainya....semua plan akhirnya kelaut..lepas buat lap appendix kul 1am..pastu ada ED referral yang complicated...lalu berlarutan la oncall ku sampai pukul 6am...dah macam tu..nak buat macam mana..plan dah kelaut...aku akhirnya "terkorban" atas katil..
sampai la ibu call dalam kul 10am tu nak ucapkan selamat hari raya...aku pun mamai2 je lagi...lepas sembang sekejap...aku terus tumbang balik sampai la tengahhari...

tengahhari tu aku masak sendiri...simple je..makan nasi dengan ayam goreng kicap..nak makan kat luar? mungkin dpt makan KFC ataupun makan roti kat 7E je kot...mengikut pengalaman hari ke 4raya puasa kat kelantan aritu, semua kedai makan tutup...so makan je la apa yg ada kat rumah..

Malam tu plan nak keluar la kat mana2 shopping mall..since the whole day tadi duk tido kat rumah..keluar lepas maghrib dalam 730pm...terkejut..sebab semua shopping mall tutup!!..aku macam tak percaya, tengok jam kat handphone masih kul 8pm..mcm denial la sekejap..meragui orientasi ku kepada masa...KB mall, Tesco, mydin, nirwana...semua tutup...lengang jalan kat kelantan..mungkin semua orang di rumah masing2 sambut raya ngan family...

So, bagi pendapat beta...kalau nak cakap meriah ke raya kat kelantan...aku takleh nak bagi comment..sebab...aku tido pagi raya tu...and malam raya tu tak menggambarkan kemeriahan sebenar sebab semua kat rumah masing2...
apa yang dapat beta simpulkan...kemeriahan sesuatu majlis itu bukan pada tempatnya tetapi pada orang yang kita sambut bersama...walaupun just a simple plain dinner, kalau makan dengan orang yang tersayang aka family or friends..tetap menjadi best dinner ever!!!

Apa korban anda tahun ni??
My korban was to be afar from family for the sake of people in Kelantan sebab aku doktor

selamat hari raya!!!!

Comments

Popular posts from this blog

crush injury

Bleach Frenzy

just a ride