kids nursery rhymes teach rubbish?




"Buai Laju Laju
Sampai Pokok Sena
Apa Dalam Baju
Sekuntum Bunga Cina"

Pernah tak dengar lagu ni? Kalau la korang dilahirkan dan dibesarkan di Malaya dan orang Melayu mahupun bukan pun mesti korang kecik2 pernah dengar lagu ni kan. Asal naik buai je nyanyi lagu ni. Takpun nyanyi lagu yang nak kawen dengan anak raja. Takyah nak tipu. Tau sangat. Tapi budak zaman sekarang tak nyanyi dah lagu ni. Budak sekarang nyanyi lagu ape ek? KPoP?

Ok. Tujuan aku buat post ni diwaktu tengah on call pulak tu bukannye ape. Ntah tetibe mase tengah duduk atas toilet lagu di atas terngiang2 di pikiran aku. Kenape aku pun tak tau? Yang menjadi masaalah nye ialah bila aku tetibe tak boleh terima dengan logic dengan lirik lagu di atas sehingga menyebabkan aku tak concentrate nak buat morning round pagi ni sebab lagu di atas telah memenuhi otak aku. ahh..stress. ditambah dengan ketidak-logikan lirik dan bila tersedar bahawasa betapa bodohnye aku yang menyanyi lagu di atas waktu kecil dahulu menyebabkan aku lagi stress. so nak kurang stress, let it all out..hmmm fuhhh...(bunyi tarik dan lepas nafas).

Tuan-tuan puan-puan dan bapuk-bapuk sekalian.

Soalan nye ialah...apakah itu sekuntum bunga cina? pernah dengar? ataupun aku yang salah selama ini. jadi sepatutnya apakah? bunga mawar ke, bunga tulip ke, bunga orkid ke, bunga taik ayam ke pernah la aku tengok sebelum ni. tapi bunga cina?

dan soalan seterusnya....kenapa mase main buai kene tengok ape dalam baju? ha..kenape? main je la...

dan kenape ada bunga cina dalam baju? sape yang bodoh letak bunga dalam baju? tak naik miang ke?

dan soalan paling penting...SAPE YANG BUAT LIRIK LAGU NI? dan Sape yang ajar aku nyanyi lagu ni?...

korang tak terpikir ke betape tak bijaknye kita yang hanya sekadar menyanyikan lagu yang langsung tidak diterima logic nya ini..sigh...aku rase tertipu dan diperbodohkan....

Lagi satu lagu

"Polis Entri
Want to Jaga
Polis Mati Pencuri Jaga
Wan to the Wan 
Polis Kapten"

Aku pun tak berape ingat tapi aku rase mase aku kecik dulu aku dan member persejuangan aku dulu nyanyi macam ni la. Korang paham ape dia? kan mase nak main kejar2 dulu nak pilih sapa yang kene kejar dan sapa yang dikejar pilih macam ni la. Nyanyi lagu ni and bila lagu ni habis, orang yang ditunjuk tu la jadi polis atau si pengejar.

Dulu duk sedap nyanyi je asalkan ada orang jadi polis(pengejar), bila dah meningkat remaja ni baru tertanya2 ape ke bende aku nyanyi tah. Ni lagi banyak soalan. Dari kecik kita dah diterapkan dengan ketidakcekapan polis. Kenape lak polis mati pastu kita bagi pencuri lak jaga? Arghh...lagi serabut otak aku kalau nak tafsirkan lagu ni. 

Bukannye ape. Tetibe terpikir pulak, kalau dari kecik lagi macam ni la kita didik anak2 kita, jangan la buat2 terkejut macam terkena panggilan hangit kalau anak kita sok besar menjadi orang yang kurang cerdik. Didikan tu mula dari kecik, dari lahir lagi. So terapkan dengan bende-bende yang bermanfaat. Baru la anak itu membesar dengan baik. Benar, walaupun aku hanya ada anak kucing je, ape plak aku nak sebuk pasal nak anak orang pulak kan. Tapi aku ada anak sedara wokeh!..And sebagai rakyat Malaysia yang mencintai negaranya, sila la didik anak-anak anda dengan baik. Jangan suatu hari nanti dia menjadi salah seorang pesakit polytrauma aku. Reti? Dah la menyusahkan mak bapak, pastu menyusahkan aku dan pekerja hospital lain. Paham na?

Lagu apa yang korang suka nyanyi mase kecik2 dulu?
Meh la kongsi...

Comments

Popular posts from this blog

crush injury

just a ride

Bleach Frenzy