the finger story

from:TVgasm



Sesetengah orang memang tak pernah bersyukur dan puas dengan apa yang mereka dah ada. Dah bagi betis nak peha, tak cukup dengan peha, nak badan. pastu? nak bagi apa lagi? tak pernah cukup, tak pernah puas, tapi bila suruh berusaha malas la pulak.

Ini sebuah cerita tentang seorang yang tak bersyukur dan pentingkan diri sendiri.


Seorang lelaki dalam usia 25 tahun dikejarkan ke hospital setelah 3 jarinya telah terpotong oleh chainsaw. jari telunjuk, jari tengah dan jari manis. mengikut cerita dari HO dekat A+E yang bertugas pada malam semalam, lelaki ini merayu untuk disambungkan semula semua jari tersebut. setelah meneliti keadaan lelaki ini, dan juga kehendak lelaki ini yang mahukan semua jari beliau disambungkan, keputusan dibuat untuk menyambung semula kesemua jari yang telah terpotong tersebut. akan tetapi untuk menyambung jari manis itu agak sukar kerana bahagian yang terpotong itu amat kecil dan sukar untuk disambungkan. (Ala jari manis tu terpotong sampai paras nail bed) Risks explained to him and he was somehow understood.

pembedahan dilakukan oleh Hand Surgeon Prof Anam, yang sanggup datang untuk kes tersebut, menggadaikan masa hujung minggu beliau. Berapa lame dorang buat? 5JAM!!! hanya untuk menyambungkan 2 jari tu je. tapi jangan pandang rendah tau, susah tu nak buat. so, berjaya la pembedahan tersebut dan tersambung la balik jari jemari lelaki tersebut. boleh la buat korek hidung lepas ni. disebabkan kes ni, semua pesakit yang disenaraikan untuk operation pada hari tu cancel. Akan tetapi...bila mamat tu bangun je dari tidur........

Mengikut cerita HO kat OT, bila mamat tu dapat tau yang jari keempat dia tu, iaitu jari manis dia tak dapat diselamatkan (refrashioning was done for the 4th finger because it involved distal phalang), dia mengamuk, mencarut dan menjerit terlolong. Tanye kenapa tak sambungkan jari dia tu. Kalau dah tau tak dapat sambungkan kenapa tak potong semua je? Tak payah sambung yang dua lagi tu. Potong je semua jari dia. Dia nak bunuh diri, dan rela mati daripada tak ada jari!! Dia memang ugut nak bunuh diri kat ward nanti, nak mintak pisau.

Bila aku dengar je citer ni, terus darah aku naik, berderau....Ting ting ting!!!..

Kuang aja betul. Tak bersyukur ke, orang dah bersusah payah nak sambungkan yang dua tu dan terpaksa batalkan pesakit lain yang dah lama tunggu untuk kene bedah sebabkan kau dan Prof Anam sanggup datang untuk buat kes tu, ko boleh tak bersyukur!!!!!!!....

bukan nak jadi prejudice tapi bila dah jadi macam ni, semua bende aku nak ungkit. dah la IVDU. Hep C. OT terpakse tutup kejap lepas kes dia untuk cuci. semua penat lelah tu dibalas dengan maki hamun orang yang tak berperasaan macam mamat ni. jari yang nak digunakan untuk mengorek hidung dan mencarut itu mungkin teramat penting untuk mamat ni. sapa kata jadi doktor senang dan rewarding?

Nama pun kitorang ni doktor je, bukannye Tuhan, bukannye DemiGod, bukan dewa bukan malaikat. Ada bende yang kitorang boleh buat, dan tak semua bende kita dapat buat tu sempurna. kami ni manusia jugak. takde extra power pun. kenapa semua orang masih tak dapat nak paham?

In the end, mamat tu kene sedate. Kalau dia buat bising depan aku, aku tak teragak2 menghamun dia dengan semua vocabulary carutan yang aku ada dalam buku aku, The Big Book of Cursing.

The End

Comments

Popular posts from this blog

crush injury

just a ride

Bleach Frenzy