Michael bertanya....



Reaksi KP an MB bila aku nyatakan perkara ini kat dorang,

"aku rase macam nak amik anak angkat la"

dengan serentak, secara refleksnya; " bela anak kucing pun belum tentu hidup!"

perbedaan antara mimpi dan realiti. ingat senang ke nak jaga anak orang? ingat nak beranak tu senang?! ingat beranak tu macam belahan dedua? belahan dedua pun belum confirm tak sakit. ingat bela anak orang macam bela anak kucing? bela anak kucing pun sekarang pun susah. tak caya tanya ibu aku. macam2 nak pikir. nak beranak dan nak jaga anak ni bukan semua orang boleh buat. ni aku nak marah ni orang2 yang tak pikir panjang.

Alkisah cerita sebenar tetapi bukan nama sebenar.

Michael Jackson si anak malang. Mangsa kejahilan.

Kehadirannya tidak dirancang dan tidak diketahui. Dilahirkan daripada pasangan yang jahil dan pentingkan diri sendiri. Si ibu tidak tahu dirinya mengandung sehingga di saat akhir kelahiran. Michael dilahirkan di rumah. Keseorangan. Cuma diketahui oleh si nenek yang baru pulang dari menoreh getah. Si nenek melihat Michael tercungap-cungap, tidak berbalut, tali pusat sudah dipotong dan kelihatan darah masih mengalir melaluinya. Manakala si ibu di satu sudut juga dibasahi darah. Si bapa yang dungu apabila diberitahu tentang berita ini, gembira. "tidak perlu bawa ke hospital kerana anak sudah pun keluar". Kalau bukan dek leteran si nenek yang melihat Michael semakin lemah, mungkin Michael terus mati di sana. Dan post ini pun tidak akan wujud.

Kini Michael di hospital. Doktor kata buah pinggang Michael tak bagus. Doktor pun tak tau diagnosis sebenar Michael. Tapi badan Michael kembang, perut kembang, kaki kembang dan kini Michael perlukan oxygen. Doktor cakap mereka tidak tahu dari jangka masa pangjang, Michael boleh hidup sampai bila. Tapi mungkin tidak lama. Mungkin Michael tak sempat pun nak berjalan. Tak pun, Michael tak sempat nak merangkak. Michael pun tak tahu. Michael akan susah bernafas tanpa bantuan oxygen. Kini Michael di hospital sudah 2 bulan.

Sepanjang 2bulan ini, Michael jarang nampak ibu. Yang jaga Michael hanya nenek. Ibu jarang datang. Dan kalau datang pun ibu tak pernah sentuh Michael. Ibu tak nak jaga Michael. Michael pun tak tahu kenapa. Bapa juga Michael jarang nampak. Bapa cakap nak bagi nenek jaga Michael. Sebab bapa cakap mungkin dia taknak kahwin dengan ibu. Sebab tak guna nak kahwin dengan ibu yang tak sanggup nak jaga Michael. Tapi tak apa. Michael ada nenek. Nenek dapat jaga Michael. Tapi....Sekarang. Nenek pun sudah tiada. Nenek pun meninggalkan Michael. Nenek cakap, nenek tak larat nak jaga Michael lama-lama. Nenek pun nak kerja. Sekarang Michael dijaga oleh Misi - misi. tapi Misi jaga tak sama macam nenek. Michael kene menangis lama-lama dan kuat-kuat baru Misi boleh pegang Michael. Baru boleh bagi susu. Sebab misi pun sibuk.

Apa salah Michael? Kenapa semua orang tak nak dengan Michael? Kenapa Michael lahir kat dunia ni kalau semua orang taknak dengan Michael? Kenape? Apa yang Michael dah buat sampai semua orang taknak dengan Michael? Kenape?

Tolong jawab wahai manusia dan orang dewasa yang dungu.

Tolong jawab soalan Michael.

TOLONG JAWAB SEKARANG!!!!

Comments

Unknown said…
in that case.. bela lah michael..
dlm spital saje..

kalo rasa boleh cope baru culik dia kasik angkat balik umah..


sekian
Valjam Boyd said…
truth hurts. reality sucks...

Popular posts from this blog

crush injury

Bleach Frenzy

just a ride