nenek

seorang nenek tua yang ku temui di wad. disahkan menghidap kanser perut di mana rawatannya ialah pembedahan. tarikh pembedahannya ialah beberapa minggu selepas dia disahkan kanser. ini untuk membuat persediaan yang rapi untuk pembedahan tersebut. tarikh dah ditetapkan. nenek ini telah beberapa hari dimasukkan ke wad pada ketika aku mula-mula temui beliau dulu. di waktu ku temuinya, semua persiapan untuk pembedahan telah pun siap. pakar bius dah jumpa. semua ujian darah dan xray semua dah buat. cuma ada satu persoalan sahaja.

aku: "nek, nek tau sik kitak sakit apa?"
nenek: "ne kamek tau. kitak sik madah."
aku: ????.." biar benar nek. sikdanya sik padah ngan kitak ka?"
nenek: "sik"
aku: "kalau cam ya, nek tahu sik kenak kitak masuk sitok?"
nenek:" sakit perut la"
aku: mmmm " kitak tau sik kitak ada kanser?"
nenek: "apa ya kanser? kamek sik tau"
aku: kanser tu..bla..bla...bla..
nenek: "oh, nasib baik kitak madah. mun sik madah, kamek pun sik tahu juak"
aku: "ok, so, nenek mau dibedah sik?"
nenek: "sik mauk kamek. sakit kelak. biar aku mati jak, aku dah tua"
aku:"jangan cam ya nek. ada dibagi sikda nya ubat tahan sakit."
nenek: "mauk molah apa lagi. kamek dah tua. anak pun sikda datang nanggar. laki kamek pun sikda mauk nanggar. "
aku: " chemo nak nek?...chemotherapy ialah...bla bla bla...rambut gugur...bla bla"
nenek: hihihihi .." sik mauk kamek nanti botak rambut nenek nanti orang gelak ka kamek"..nenek itu terus ketawa.
aku: "hmm..jadi sik mauk la ya"
nenek: "sik mauk. eh..kamek lapar. bagi kamek nasi ya misi"
aku: misi?? $%&@**#," yela nek, kamek amik nasi untuk nek ya"


keesokan harinye. aku berborak lagi dengan nenek itu. percubaan kali kedua untuk nenek ini menerima rawatan.
aku: "pagi nek. kacak gillak kitak hari tok. nek tau nek sakit apa ka?"
nenek: "ne kamek tau. mun kitakorang sik madah, ne kamek tau"
aku: ??bukan aku dah bagitau ke semalam? "nek sik ingat ka kamek padah ke nenek semalam?"
nenek: " ne kitak padah?.. ni tolong nek nak kemeh tok"

ikut suke la nek. semoga sentiasa sehat selalu.

Comments

Popular posts from this blog

crush injury

just a ride

Bleach Frenzy