meow

tiga minggu lepas, pada 26 Mei sampai la sekarang, aku mengikuti satu kursus. kursus induksi dan kursus kenegaraan. buat ape?. ia merupakan satu program yang wajib untuk semua penjawat awam untuk mengesahkan diri mereka dalam jawatan. maksudnye? ya, aku dah pun diterima menjadi seorang doktor. kursus induksi berlanngsung di Samudera Bidara resort, Melaka. amatlah tak jauh dari rumah. untuk kursus ni, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dan kami ni berkursus bersama graduan-graduan dari UKM. oleh itu, sebahagian dari kami ke pasir gudang, Johor dan approximately 90 budak UKM, 20 budak IMU dan beberapa graduan dari luar negara di Melaka. kesimpulan yang aku boleh buat ialah:-

1) tempat tinggal kami AMAT tidak memuaskan hati. mungkin disebabkan mereka yang berada di pasir gudang mendapat tempat yang lebih baik membuatkan kami rasa KURANG puas hati. ada beberapa bilik di sana mempunyai "ceiling shower" di mana air menitik-nitik bila hujan. nasib baik kawan-kawan aku tak dihanyutkan oleh air hujan yang membanjiri bilik mereka. makanan kurang kene dengan tekak aku tapi Alhamdulillah rasenya takde kot orang yang balik kebulur atau kurang zat makan. yelah, makan tak cukup kat sana.

2) kursus ni AMAT BORING. pagi ke petang ada ceramah je. tapi tajuk-tajuknya amat penting. yelah, pasal gaji, cuti dan elaun tu memang dinanti-nantikan oleh kami. ternyata waktu time ceramah tu, aktif je seme nak bertanya. bila time lain, masing-masing buat jemaah untuk tidor.


3) urusetia kami amat emo (emotional). tidak perlu aku rase untuk menghuraikan point ini sebab nanti aku pulak yang emo

4) dapat kawan baru!!!..ahli group aku memang sporting gila. kami kumpulan OmbAK. ada seorang budak dari UKM nama sama dengan aku. Nur Zawani Zakaria. dan seorang budak yang sama birthday dengan aku, NUr Aqilah. interesting. interesting. and buat pertama kali aku menarik gedik atas paksaan Ainon. haha. kak MIha pun kene menari. ngeh ngeh ngeh.

waktu kursus ni la kami dapat surat posting. haaa. bende ni la aku nak cerita sebenarnya....
my first choice was Queen Elizabeth Sabah. mase dorang nak bagi surat posting tu, mereka yang berada di Pasir Gudang dah dapat tau. and bile dah tau ada orang dapat QE, aku rase confident la aku akan dapat QE. tetapi bila dapat je surat tu, aku speechless. tak la rase happy sangat dan tak la rasa sedih sangat. kecewa sebab selama ni memang berharap sangat dapat sabah, tapi bila dia tulis kat dalam surat tu HOSPITAL UMUM SARAWAK aku rase ok je. tapi kekecewaan itu mungkin disebaban harapan yang terlalu tinggi untuk pergi ke Pulau Sipadan dan nak mendaki Gunung Kinabalu. nampaknya aku ke Gua Mulu dulu la sebelum menjejakkan kaki ke sana. yang dapat pergi kucing ialah KP, QUincy, Pooi Yee dan Daniel Pang. tatkala aku menaip ni, aku ada 4jam lagi untuk packing sebelum aku bertolak ke airport. Kuching, here i come. meow.

bak aku cakap sebelum ni la. takut pun ada nak kerje ni, excited pun ada. macam-macam perasaan ada. tadi sempat aku peluk mama sebelum dia pergi keluar untuk berkerja. dari semalam mama dah nampak lain macam. sebak je dia. aku pun rase sebak juga, semalam aku nangis la jugak sikit dalam toilet. aku taknak mama nampak aku sedih. nanti lagi dia sedih. aku nak dia nampak aku happy nak pergi. so hopefully dia takkan risau. tujuan aku mintak sabah sarawak bukan sebab aku sengaja nak berjauhan dengan family aku. bak kata orang bagai kacang lupakan kulit. aku bukan kacang. tapi aku rasa pilihan aku untuk berkhidmat di sarawak ialah satu keputusan yang baik. aku nampak banyak kebaikan yang aku akan dapat bukan untuk diri sendiri, tapi untuk family aku dan juga untuk negara. aku rase aku akan dapat membentuk diri dengan lebih baik dan aku harap aku dapat mencari identiti sebenar aku. personaliti yang lebih baik. compare dengan sekarang, aku rase aku macam ombak. so, aku harap sarawak dapat membantu aku memberi jawapan ke atas segala persoalan aku. family aku juga akan senang kelak. ya salah satu faktor ialah sebab duit. dan lagi satu, lagi cepat aku dapat jadi specialist and naik pangkat, senang juga aku dapat duit lebih. senang la sikit babah and ibu, aku boleh la tolong nak tanggung duit study adik-adikku. untuk negara? yelah, tak ramai nak kerja sabah and sarawak. so aku merelakan diri untuk berkhidmat di sana. dan juga meningkatkan ekonomi perlancongan di sarawak dengan menggalakkan family ku dan kawan-kawan aku untuk datang ke sarawak untuk menjenguk ku.

apa-apa reason yang aku bagi pun, yang penting bila dah dapat jadi doktor ni, laksanakan la kerje tu dengan ikhlas dan berdedikasi. doktor bukan tuhan kerana kita tak berupaya untuk menyembuhkan orang. kami hanya membantu. melaksanakan perintah ALLAH. jika ALLAH tak memperkenankan seseorang itu untuk sembuh, maka kami juga tidak berupaya membuat apa-apa. insyaALLAH.

sepupu aku call aku semalam. dia pulak sedih aku nak pergi. tapi percayalah. sarawak tu tak jauh dan 2 tahun tu tak lama. sekarang kan zaman globalisasi. kita boleh pergi ke mana sahaja, even tempat tu jauh, tapi akan jadi dekat. oleh itu, aku harap semua orang disekeliling aku akan menyokong pemergianku. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.haha. aku kan penjawat awam skang.

Comments

Anonymous said…
meowww!!!! hope u can enjoy ur life kan sana... meowww2.. gonna miss u frens.. meooowww3.. aku mmg teringin giler nak ke sane.. so u give me the reason nak gi sane.. hahaha.. meooooww2.. all the best!!!.. btw, sedey aku mmbaca post ko kali nih.. byeee2.. salam meeeooowwwwwwwwww buat ko!!!

Popular posts from this blog

crush injury

just a ride

Bleach Frenzy