i am just fine

seminggu dah berlalu as a tagger...ape itu tagger..oh tidak..aku bukan main tag dalam hospital..tagger bermaksud waktu or period percubaan bagi housemen baru dimana dalam tempoh 2minggu ini aku akan "tag" bersama seorang doctor HO or MO untuk membantu aku ke jalan yang lurus untuk menjadi seorang houseman yang baik. itu secara definasinye. realitinya, aku terkontang-kanting seorang diri, hampir-hampir lemas di atas kerja yang aku lakukan. yang penting aku tak bunuh patient lagi. tapi hampir "membunuh" diri sendiri. tapi aku kental.cewah. yo o o je. aku diletakkan dalam ward perubatan. wad yang semua orang taknak start dulu. sebab pertama; kami dah cuti 3 bulan. oleh itu berlaku la proses pembebasan ilmu secara pengewapan dimana menyebabkan kami amat bengong dan bodoh sekali (aku la espcially). kedua sebab kami baru balik dari BTN dimana kami melakukan banyak aktiviti lasak, so badan kami penat. oleh itu kami taknak buat kerja yang memenatkan lagi. kesimpulannya, aku rase amat bodoh dan penat bile masuk medical wad ni. tapi aku survive.

keje taggers ialah dari pukul 7am-11pm. ye kawan2.bukan ofis hour ok. dan bagi setiap department or wad, hari taggers mereka mungkin berbeza. macam wad medical ni, ada night tagger and day tagger. night tagger is from 11pm till 1pm. tu pun belum tentu dapat balik seperti waktu yang telah ditetapkan. kesimpulannya, kami 24hours milik hospital.

ada bagusnya tagger ni, tapi ada jugak aku rase macam tak kene. best kerje. aku dapat satu kepuasan. puas la. setiap apa yang aku impikan selama ni dah jadi kenyataan. aku tengok patient and then aku treat them, get to know all sorts of kind of people (bebelit ayat aku..lantak la). memang interesting. tapi kat kuching ni, banyak dapat tengok orang yang ESRF pastu kene PD (ESRF- end stage renal failure/ buah pinggang rosak) (PD-peritoneal dialysis/cuci buah pinggang yang kene tebuk kat perut tu). yang best nya. as houseman aku ada chance untuk buat semua tu. macam member/colleague aku yang masuk dulu dari aku, ada yang dah buat PD, pleural tap, lumbar puncture. and dorang buat seme tu dengan mudah macam amik darah je. so in term of skills, i think we do have lots of opportunities here. siap MO aku suruh aku buat pleural tap by my own when next patient comes. scary. kat sini JE (japanese encephalitis) tu ada jugak. takla nak kate banyak. tapi macam kat seremban and batu pahat dulu, mana penah jumpe. so i dapat tengok kat sini. interesting.

tak best jadi houseman ni ialah sebab workload. banyak ok. bayangkan aku kene tengok 20-30 patient per day. takpe la. pagi kene ada round with specialist maybe around 7-8am. round maybe habis pukul 10-11am. kalau sempat. kengkadang habis kul 12pm. next round pukul 4-5pm after specialist and MO ada clinic. so we as housemen ni, kerje kami ialah menyiapkan tugasan or orang panggil "job list" kami. mase round specialist akan order banyak bende; amik blood la, buat referal la, trace result la etc etc. mungkin satu patient tu ada 5-6 job list. darab dengan 20-30 pastu kene siapkan dalam 4-5 hours. memang tak sempat. buktinya, aku kene marah semalam oleh specialist aku sebab aku tak letak test result kat dalam case note. padahal aku dah trace, cume aku stress kot mase tu and aku misplaced the result. kene sebijik. tapi lepas tu dia ok. letih memang letih. aku makan 1 kali sehari iaitu pada pukul 11.30pm, makan maggi dengan kakpah sambil meluahkan hati dan perasaan masing-masing. aku kencing 1 kali sehari iaitu sebelum aku tidor. dan aku kene buat semayang jamak untuk 4 waktu sebab memang tak sempat especially if patient ko tengah collapse. purata aku duduk dalam sehari ialah 10-15minit. yang lain-lain sama ada aku berlari atau aku berdiri. setakat ni, banyak kali kene marah tapi bukan ditengking, tujuan kene marah untuk mengajar. aku redha. kalau bukan sesetengah staff yang baik, patient yang baik, colleague yang baik, MO yang baik dan specialist yang baik. mungkin aku kene intubate sekarang, kene masuk wad ICU for stress.

hari ni aku night tag, so ada la masa sikit untuk keluar bershopping and mencari washing machine. aku curi sket kesempatan ini untuk melayari internet ini kerana aku rase aku dah internet-deprived. bile la rumah aku nak masuk internet. oh ya, aku and pah tak duduk hostel. kami menyewa rumah yang dekatnya dengan hospital, kalau kakpah lari pecut dalam3-4minit. tapi kalau jalan melenggang sambil tengok pemandangan dalam 10 minit. nak pergi bershopping, kami ada kereta ihsan sumbangan dr yusopian di mana kami menggunakan concept "jangan malu-malu, buat la macam kereta sendiri". orang kuching memang baik2. kereta pun bagi pinjam. nta-nta esok esok dia bagi derma kilat 10juta kat kitorang plak. mane tau kan. betul, orang kuching memang baik2. ada one day aku kene balik sorang-sorang ke rumah pada waktu malam. aku punya risau la mase tu takot apa-apa terjadi kat aku. tetiba ada satu motor berhenti kat seberang jalan menjerit, "nak g mane tu?" lelaki bermotor tu tanye. aku tak menjawab tapi hanya sekadar menunjuk tak ikhlas ke arah lorong di depan ku. lantas mat motor tu pun membalas " oh, dekat je, jalan baik2 ye" and terus berlalu. aku terus rase bersalah kerana berburuk sangka kat mamat tu terus aku membalas "terima kasih banyak-banyak". rupenya, esok harinya, mase aku kat wad, mamat tu merupakan salah seorang ahli keluarga patient yang aku rawat. damn. malu. aku terus berterima kasih kat dia. mase kitorang nak pindah rumah haritu pun, agent rumah kitorang tu siap tolong aku angkat bag dari hotel tu rumah. memang bagus la agent tu.

barang-barang kat kuching ni memang mahal. kat tempat hospital ni memang susah nak cari kedai makan. shopping complex memang banyak. tapi mahal nak mampus. tetibe aku rase rindu kat JJ, giant, tesco and carefour dimana anda boleh beli barang dengan pukal. beli terus untuk setahun. takyah kuar shopping dah. lagi satu masalah, since kitorang takde transport sekarang, so kitorang bergerak kene pakai taxi selain kereta ihsan en pian. taxi kat kuchin ni mahal nak mampos. kat kl pun tak mahal camni. aku rase, aku dah habis rm30 untuk taxi sahaja. rm30 tu kalau kat semenanjung dari rembau ke seremban which took 1/2 hrs. ni kat sini, baru naik 10 minit dah rm12. ni salah satu sebab kenapa aku kene beli kereta kat sini. kat sini banyak four wheels drive. gile best. haha. one fine day.

kesimpulannya, aku masih adapting to my new life here now. some of the times aku rase amat blur, but there are times aku really appreciate the moments. contohnya, seorang pesakit yang baru di diagnose to have advanced cancer and bila family members tau, ramai la datang melawat dan cuba jadi happy di depan pesakit. tapi bila dorang keluar, nampak la muka masing-masing sedih. ntahla. aku harap aku dapat survive kat sini. at least habis tag ni aku rase dah ok sikit kot. insyaAllah. doakan la aku dan mereka -mereka yang sedang menjalani housemanship di mana jua. agar kami teguh menghadapi segala cabaran. amin.

Comments

Anonymous said…
hai wani..mcm best je ko kat sane..fun tak working environment kat sane?aku mcm plan nak g sabah@sarawak gak..hmmm still thinking..padahal senin nih interview...sabo ajelaa...
anyway..good luck kat sane..kemsalam kat kak pah! :)

Popular posts from this blog

crush injury

just a ride

Bleach Frenzy