Home is Love

Kenapa cuti bukan 5 kali seminggu?..Kenapa cuti itu bukan tiap-tiap hari?

Seronok tak hengat. Bersama mereka-mereka yang tercinta..

1) Buat kenduri aka birthday "party" (party la sangat..gets on the dance floor people!) di rumah. Kecoh keadaan dengan kehadiran ahli2 keluarga sure kecoh. Seronok! Anak-anak sedara semua dah makin membesar dan aku makin memendek dan membulat. Sigh.

2) Waterhomes PD. Cakap kat ibu, dah lama plan nak book hotel yang mewah dan selesa untuk seisi keluarga melepak. Untuk ibu yang tidak perlu buat kerja rumah buat 2-3hari, babah yang tak perlu fikir pasal BTN or kerja, dan untuk Mama untuk keluar dari rumah sekali sekala, dan untuk the boys having fun out from the shelf. Terlihat ads kat majalah travel 360 masa balik dengan air asia aritu. Mengancam je nampak Waterhomes ni, siap ada pool dalam rumah! Atas laut lak tu. Survey harga, nampak gaya boleh la dibayar dengan credit card. So aku pun rembat la. Antara kesimpulan yang aku dapat buat; kalau aku dapat buat rumah, takyah besar, same design cam kat Waterhomes tu pun sudah memadai. Buka je pintu bilik, terus nampak laut. Cun sial. Kalau ada rezeki mahu ke situ lagi.

3) Seronok bila buat mother-and-daughter thingy. Sempat buat cupcake and cream puff. cupcake aku bertambah sedap. Improving! bagus2. Dan takkan menyesal kalau bawa ibu jalan2. Ibu teman aku ke wedding member kat Penang and Johor. From South to North. Long journey but best sebab ibu ada. Sayang Ibu. Muahhh..Boleh buat lagi ni. Babah jangan jeles ok, next time, babah kene ikut jugak jalan2. Jom Jalan!!..InsyaAllah

4) Kucing oh kucing. Ibu dah mula merungut sebab dah terlampau banyak. Tapi bila tengok dorang main, terasa hilang semua stress. Alangkah manusia tidak terlampau complicated macam kucing. Garfield beranak. First pregnancy. First delivery. Still young. baru satu tahun. Walaupun aku bengang dengan kebodohan dan naive nye ko sebagai mak muda dan baru, tak reti jaga anak, tak reti nak susukan anak, tak reti nak makan uri sendiri, dan menyebabkan 2 anak ko dah mati daripada 5ekor. Despite all those, aku nak ucapkan terima kasih. Sebab bagi aku experience dan kenangan yang tak terhingga berharganya. Masa Garfield beranak tu, dia baru beranak 4 ekor. aku pegang perut dia, macam masih ada sekor. aku dapat rase the contraction, aku nampak macam mane kitten tu keluar. aku lah yang memotong tali pusat semua kucing tu. Terasa cam bidan kejap. Subhanallah. Ciptaan Tuhan memang menarik.

5) Teringat dengan perbualan antara aku, mama dan ibu. Aku belikan mama sepasang stoking pink baru. Cantik dan stokin tu agak praktikal untuk dibawa berjalan. tak licin sebab bahagian dasarnya yang kasar. Mama suka, tapi aku dan ibu terus menggeleng kepala bila dengan bahasa expressive dysphasia beliau itu, dia nak beli banyak2 untuk dijual sebagai barangan Haji. Mama and business memang tak leh lari. Mama! Chill girl. Mama memang degil. Kalau boleh nak buat semua bende. Aku marah dia haritu sebab tak sabar sangat nak ajak aku pergi bagi ayam makan kat bawah. Padahal dia tu penat. Tak paham aku ngan Mama.

6) Dah aku cakap aku suka Melaka? Teramat! Melaka cantik! Melaka Maju. Akhirnya ibu setuju dengan keputusan aku untuk pindah semula ke Kuching. " Kalau kau balik Melaka mesti ko boros, pastu tiap minggu terpaksa locum nak bayar hutang kad kredit. Baik kau duduk Kuching". Betul betul betul. Aku Sayang Melaka!


Persoalan tadi. Kenapa cuti itu bukan tiap-tiap hari?
Now back to the same old routine yang tidak menggembirakan.
Di tempat yang banyak dementour yang menyerap semua kegembiraan.
Bila la aku dapat transfer nih.

Comments

Minci said…
aik?? sejak bila plak tpt keje ko ada dementour? kesian.. kesian ..

Popular posts from this blog

crush injury

Bleach Frenzy

just a ride