selamat hari raya haji

orang cakap raya haji adalah untuk orang yang dah dapat haji. ada cakap raya haji atau raya korban adalah hari untuk mengkorbankan lembu dan kerbau yang ada. raya?

ini raya haji kedua di Sarawak. last year family aku datang. hari ni, raya dengan jihah yang tengah melayan sedih dan duk tanya kat diri sendiri "kenapa aku tak balik?" secara berulang kali sambil menutup duka dengan mengemas rumah. ya betul, kemas rumah is one of the best way to handle stress and depression. hasilnye pun berbaloi baloi. (P/s :- bilik aku sekali?) rendang yang jihah buat semalam pun not bad.sedih aku tengok minah tu. tak pe jihah.ko ada aku. even though aku tak bawa ape2 impact pun. kak pah pulak decide untuk beraya dengan orang iban di kapit. minah tu ade je aktiviti. meninggalkan aku sendirian di sini. huh. takpe. takpe.

raya bagi aku? aku bangun pun kul 10am (kunun nak beramah mesra dengan rakyat, plan nak g semayang raya la, jalan-jalan kat neighbourhood la.) semua terkubur disebabkan penangan hanakimi japan yang aku tengok sampai kul 3am semalam (lepas tu fangirling dekat oguri shun lepas tengok crows zero. gile handsome mamat tu. penuh gaya :P) . nak gi beraye? aku kah itu yang nak g beraya? raya puase pun liat nak g balik kampung. inikan pula di negeri orang. nak ikutkan baju raye aku banyak je. ibu buat 5pasang hasil penjualan Cindy (kejam...baby pun dah kene jual....sampai hati ibu). plan nak jalan2 kat kampung no 4 and no 6 nak tengok camnekah raya di sarawak. pastu jalan-jalan kat de spring kejap beli barang. beraya rumah member? ada je yang ajak. tapi malas a. nak kene pakai baju kurung la, nak bersopan la. sangat tidak memberangsangkan.

ibu called. kat Rembau pun tak ramai orang. kak ina and family g raya kat korea (pe jadah pun tak tahu. tapi bia la nak melancong. ahhhh jeles.), kak nani g bali meninggalkan anak laki di kampung. aman ami terpakse beraye dengan hati yang tak tenang sebab masih exam. ibu happy la dapat raya dengan kereta baru. mama je yang sedih, kenape tak ramai yang balik.


for the record. raya ni raya paling sempoi bagi aku. selamat hari raya semua dan goodbye dan terima kasih saya ucapkan kepada lembu2 yang menjadi korban raya tahun ni. jasa kalian semua yang membawa kegembiraan kepada umat manusia amat kami hargai.

selamat hari raya dari wanibaka. peace.

Comments

Popular posts from this blog

crush injury

Bleach Frenzy

just a ride