Typing......


Aku tabik kepada mereka2 yang masih aktif berblogging. Syabas.
Aku? 2tahun sekali baru nak update. Blogging sebenarnya lagi best dari rant kat facebook or Insta. aku rase lebih tersusun dan panjang lagi nak dibebelkan. cuma perlukan comittment. something yang aku takleh nak offer sekarang. Nak kata hidup busy sgt tak jugak. Perasaannya:- guilty. Sebab banyak benda lagi kau nak buat contohnya baca journals and buku and taip case report. so bila kau ada masa nak update blog tapi kau nye case report discussion dari 3bulan lepas tak siap2 lagi, apa maksudnya itu?

haha

Alasan je. Nak seribu daya, taknak seribu dalih.

Banyak aku nak ceritakan. Travel blog pun tak tertulis lagi. Nak jugak berkongsi pengalaman travel supaya dapat memberi idea untuk traveller lain.
Nak jugak cerita pasal movie review dengan lebih detail. setakat review kat Facebook, takleh nak cerita panjang sgt. Nanti spoiler banyak sgt. Aku tau blog ni takde orang baca. haha
Nak cerita pasal Mama. Yup, she's gone. Susah rasanya nak terima. Kadang2 rasa dia masih ada je kat Rembau. Waiting for me. yup, this is definitely something i want to write about. Sebab cerita tentang Mama aku nak ingat sampai2 bila. Mana tau tetibe aku ilang ingatan lak mcm dalam drama tu, at least her memories stay. Sampai sekarang aku tak open up and cerita lagi saat2 aku kehilangan Mama. Nisa ada tanya tapi aku tak nak cerita. Masih belum terbuka lagi and definitely i still need more time. (damn it, nak berlinang pulak air mata ni...kau oncall tau oncall!!)

Pasal kerja? Aku dah tahap "ada aku kesah". Aku nak cepat2 keluar HUSM ni. bagus jugak. at least jadi pemangkin utk aku terus berkerja kuat supaya pass exam and berambus dari Kelantan. malas nak cerita detail. Ibarat kau cerita pasal Trump. What good can come out with it.

Aku usha jugak blog2 yg aku ikut sebelum ni. Semua krik2.  Except for MinciSensei dan JimboCyberDoc. Eh ke aku ambik nama Jimbo sebab dia ni? tak kot. haha
Kak Jet dah lama tak tulis kat Wasaii. one of the first blog aku ikut. Aku suka baca kak jet tulis. Jiwang sebenarnya minah tu walaupun luaran nampak cam gagah. haha. Rindu pulak ngan kak jet.
From Wasaii aku kenal nama Minci. kelakarnya, bila jumpa kat Sarawak, rasa macam kenal lama. weird isn't it. macam stalker pulak.

see.. aku dahh rasa bersalah. kat sini cepat giler menaip. dari pagi tadi baru satu perenggan je buat case report. sigh. apa nak jadi da.

for now.
jumpa lagi 2tahun later kot..huhu

Zawani

Comments

Minci said…
kejap lg aku komen lg. baby berak

Popular posts from this blog

crush injury

Bleach Frenzy

just a ride