Kuching selepas 1 tahun


Dalam masa 2hari lagi, genapla 1 tahun aku di Sarawak. Dalam masa 1 tahun ni, banyak benda yang dah terjadi. Segala memori yang sedih, gembira, pedih, pahit, payau, semua aku telan je.

First few weeks kat Sarawak memang serik. Pertama, kitorang (me and KP) dalam masa tengah tagging and orientation tu la kitorang duk kelam kabut cari rumah. Dah la penat tagging, rumah pun tak settle lagi. Nasib baik dapat rumah yang dekat. Walking distance. Tapi kalau nak diikutkan, rumah tu memang tak worth it sebab RM1000 per month, tapi berselerak, half furnitured. Tapi dah terdesak and tersedak, kitorang rembat je rumah tu. Masa tu, Mr Coba banyak tolong kitorang especially dalam meminjamkan keretanya. Kalau tak dek kereta Iswara Mr Coba tu, kitorang tak tau Satok tu kat mana. Terima Kasih. Kawan Babab, Uncle Lan and Uncle Sharom pun banyak tolong. Without them, memang kitorang terkongtang kanting.

First posting aku medicine. Masa tu tak ramai houseman. EOD oncalls and sorang houseman cover 20-30patients. But seronok. yelah baru mula kerja. Mase tu masih naive and blur. Tak reti nak kutuk2. But mase tu pun takde bende sangat nak kutuk. Sebab specialists and MOs memang semua helpful. Second posting was O&G, banyak gak drama masa ni. tapi i'll live through it. Surgery, my third posting lagi banyak drama. Sampai nak muntah. Tapi biasa a. Ikut formula biasa. Buat kebal and bebal je. Next posting? Paed. Awaiting soap opera. Tapi life kat hospital sometimes ok. sometimes macam taik. tapi nak buat camne. dah ni keje yang aku pilih, taik ke wangi ke, just go with it. The colleagues mostly are very helpful and friendly. Tapi most of the time aku ngan KP je. Sebab KP je ada otak yang sama wavelength ngan aku. hmmm..

Kota Kuching. Tak se hype KL. Tak se slow Rembau. Tapi so-so je. Tempat nak shopping? beli baju, seluar etc. Tak payah a nak shopping kat sini. Aku sendiri pun shopping kat KL and Seremban. Tempat makan ok je kat Kuching ni. Tempat favourite kitorang selain KFC ialah mee kolok SriPinang, Kopi O corner, Shifma nasi lemak, Asam Payak, R&R Petra jaya, SCR, Chilli Peppers. Banyak je. Makan tak a susah. Tapi nak pilih makan apa tu yang payah.
Orang Sarawak kaya. Tanah berkangkang-kangkang kera. Sebab tu kalau korang g sini korang akan dapat lihat roundabout yang terbesar. dan nama mak aih, kemain la panjang. Simbol kekayaan orang Sarawak. Tapi kami masih suka dengan Sarawak sebab the nature beauty memang beauty. Kitorang dah ke Bako, dah g kayak kat Borneo Highland, dah g jalan2 tepi pantai kat Semantan and Damai, dah tengok buaya. and semua tempat kitorang pergi memang jaw drop habis. And then you realize ah, tak sia2 aku duduk kat Sarawak ni.

So kesimpulannya, aku ok je kat Kuching ni. still survive. kalau homesick pun, tak jauh pun kalau nak Air Asia. Berapa lama lagi aku nak tinggal kat Kuching ni aku pun tak sure. Tunggu and lihat je la.

Comments

mr zoro fan & mihawk said…
yohoho wat supp how u doing hope u fine hehehe

Popular posts from this blog

crush injury

Bleach Frenzy

just a ride