pantun banjir
aku baru balik mengambil mereka dari sekolah. setibanya di rumah, aman menghulurkan sekeping kertas manakala ami cuba merampasnya. "kertas apa ni?"....rupanya, ami ada "hidden talent" yang selama ini aku tak pernah tahu.
hujan lebat dipetang hari,
tidak berhenti sehingga kini,
banjirlah rumah di malam hari,
inilah nasib ditimpa kami
saudara datang hendak menolong,
mengangkat barang yang basah,
ramai orang mahu menolong,
yang dijemur semuanya sudah.
kucing beranak tiga ekor,
disayangi oleh ramai orang,
kucingku ada lagi 3 ekor,
dilari dari semua orang.
barang berharga dapat diselamatkan,
semua sudah naik ke atas,
kucing disayangi pun diselamatkan,
dalam bilik di tingkat atas.
haha...pecah perut aku...nani kore??..kucingku lagi 3ekor, dilari dari semua orang?..do yukoto? ape maksudmu?..aku tak paham..haha..good job ami..keep it up..
Comments