the finger story
from:TVgasm Sesetengah orang memang tak pernah bersyukur dan puas dengan apa yang mereka dah ada. Dah bagi betis nak peha, tak cukup dengan peha, nak badan. pastu? nak bagi apa lagi? tak pernah cukup, tak pernah puas, tapi bila suruh berusaha malas la pulak. Ini sebuah cerita tentang seorang yang tak bersyukur dan pentingkan diri sendiri. Seorang lelaki dalam usia 25 tahun dikejarkan ke hospital setelah 3 jarinya telah terpotong oleh chainsaw. jari telunjuk, jari tengah dan jari manis. mengikut cerita dari HO dekat A+E yang bertugas pada malam semalam, lelaki ini merayu untuk disambungkan semula semua jari tersebut. setelah meneliti keadaan lelaki ini, dan juga kehendak lelaki ini yang mahukan semua jari beliau disambungkan, keputusan dibuat untuk menyambung semula kesemua jari yang telah terpotong tersebut. akan tetapi untuk menyambung jari manis itu agak sukar kerana bahagian yang terpotong itu amat kecil dan sukar untuk disambungkan. (Ala jari manis tu terpotong sampai paras nail be...